Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam yang Patut Di Ikuti
Walaupun harga satu auns
(28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat
lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara
berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan
saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya
boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan
wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap
sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai
emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan
kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang
tempatan, dong.
Kerajaan cuba
memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam
berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi
kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah
diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga
mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan
harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam
berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang
sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan
langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada
perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang
kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia
langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan
kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang
praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan
mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang
ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak
mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada
kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi,
kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan
lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai
mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba
mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar
ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya
memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah
peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini
lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir
terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak
bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat
penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan
keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan
menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas
yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik
peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana
ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang
perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup
penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan
pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada
penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan
perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan
status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011,
berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam
oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar
inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi
akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus
meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu
membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki
emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan
dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak
formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun
penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling
sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.
No comments:
Post a Comment