Tuesday, February 12, 2013

Why buy Gold & Silver

nilai emas

Emas

Sejahteralah ke atas kamu...
10 tahun dulu harga seekor kambing ialah RM200, harga bagi 5grams emas pun RM200. Kita pun ada duit kertas berjumlah RM200.
Jadi, kalau dengan 5grams emas, kita boleh beli seekor kambing gurun. Dengan duit kertas RM200 pun kita boleh beli seekor kambing jugak pada masa tu. Betul?
Okay, cuba kita bayangkan kita simpan emas 5grams dan duit kertas RM200 tu sampai sekarang. [jangan kira pertukaran design duit kertas tu la ye. Kalo gitu mmg confirm la tak laku duit kertas tu.]. 
Sekarang tahun 2012 ni, katakan harga seekor kambing = RM1000. Harga 5 grams emas  juga sudah meningkat = RM1000. Tapi duit kertas kita tadi, masih RM200. Betul kan? So, nampaknya... emas masih tetap bernilai walaupun 10 tahun berlalu. Sedangkan duit kertas? Dah susut nilainya sebanyak RM800. 
Saya cuba nak kongsi dengan kamu, tentang betapa pentingnya kita mengumpul aset emas di zaman sekarang ni. Sebab nilai duit kertas semakin lama semakin jatuh. Walaupun jumlah duit tu ada banyak keping, malah kalau ada selori sekali pun, tapi nilainya rendah berbanding selori emas heheh. Mungkin pada satu masa, nilai tu langsung tiada. So, kalo ada banyak duit simpanan, belilah emas. Memang la simpan emas bahye. Banyak risiko kena rompak atau sebagainya. Tapi pandai-pandai la kita sorok.
Tengok ni org Zimbabwe. Duit 100 billion hanya boleh beli telur 3 biji je. Jangan perasan sangat yang Malaysia takkan jadi cenggini walaupun kita ada perdana menteri yang bijaksana.
Ni persediaan kita untuk menghadapi zaman gelap satu masa nanti. Di mana pada waktu itu, duit kertas dah tak laku, dan org hanya terima emas di dalam urusan berjual beli. Semalam, kawan saya update harga emas terkini, 1 gram = RM205 utk emas 999.9(24karat) dan RM195 untuk emas 916(22karat). Dijangkakan, harga bagi 1 gram emas akan meningkat sekurang-kurangnya RM400 ke atas dalam setahun 2 ni.
Pompuan-pompuan yang suka beli barang mahal-mahal, kasut mahal, henbek mahal, pinggan mahal, baju mahal dan semua mahal-mahal, pekata tukar minat tu untuk beli emas. Sebab nanti, baju mahal tu kalo jual pun, takkan meningkat punya harganya. Itu pun kalo laku la dijual. Sapa yang tak mampu nak beli emas, boleh mula kumpulkan perak [silver] yang telah dijadikan dirham. 1 dirham buat masa ini harganya dalam RM26 camtu. 
Itu je la... Tak faham angkat tangan.

cara simpan emas

Tiga Cara Menyimpan Emas

Labels:
Terdapat tiga cara untuk menyimpan emas pelaburan anda;

  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu 'fully utilize' SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.

  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.
Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% - 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;

  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam yang Patut Di Ikuti

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam yang Patut Di Ikuti


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.

Memahami Naik Turun Harga Emas

6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas

Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik.
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.
Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak - Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor 'fundamental' yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.
Iaitu seperti bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai 'insurans' masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.
Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang - Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat September 2011 baru sahaja USD1,900.
Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa - Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun.  So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.
Tips #5:  Mengukur Potensi Kenaikan Harga - Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).
Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.
Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas - Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.
Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).
Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.
Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu tandas’ kata Tun Dr. M.
Wallahu a’lam.

Monday, February 11, 2013

Kelebihan Emas untuk kita

Kelebihan Emas

i) Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.
ii) Emas bernilai untuk selama-lamanya.
Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
iii) Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang.
Satu lagi keistimewaan emas ialah ia mengekalkan kuasa belinya dalam jangkamasa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″
iv) Emas adalah aset yang terunggul.
Emas juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai kerana emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi). Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.
v) Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Selain itu emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara. Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah. Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.